| 1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Objektif NADI adalah seperti berikut: Di bawah aspirasi 1 DUN 1 NADI, 188 NADI baharu sedang dibangunkan. Daripada jumlah tersebut, 154 NADI telah siap dan beroperasi setakat 31 Disember 2024. Baki 34 NADI baharu kini sedang dalam fasa pelaksanaan. Ini menjadikan jumlah NADI yang sedang beroperasi setakat ini adalah sebanyak 1065 NADI. Menjelang suku pertama 2025, sebanyak 1,099 NADI dijangka akan beroperasi di seluruh negara. | ||||||
| 2. S: Apakah perkhidmatan pintar yang ditawarkan oleh NADI? | ||||||
| J: NADI menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk program: > keusahawanan, > pembelajaran sepanjang hayat, > kesejahteraan kendiri, > program kesedaran keselamatan, dan > kolaborasi bersama program-program kerajaan. | ||||||
| 3. S: Siapa yang layak untuk menyertai program-program NADI? | ||||||
| J: Semua individu dari komuniti setempat layak untuk menyertai program-program NADI, dengan beberapa program direka khusus untuk kanak-kanak, remaja, wanita, dan usahawan. | ||||||
| 4. S: Bagaimana cara untuk mendaftar ke dalam perkhidmatan pintar NADI? | ||||||
| J: Pendaftaran boleh dilakukan melalui pendaftaran di NADI yang berdekatan. Pengguna perlu mengisi maklumat peribadi asas dan memilih program yang diinginkan. | ||||||
| 5. S: Adakah terdapat yuran untuk menyertai program NADI? | ||||||
| J: Pendaftaran sebagai ahli NADI adalah percuma! Setelah berdaftar, anda boleh menyertai semua program NADI tanpa sebarang bayaran. Jika anda sudah menjadi ahli NADI, anda hanya perlu terus menikmati manfaat program yang disediakan tanpa perlu mendaftar semula. | ||||||
| 6. S: Apakah platform yang digunakan untuk mengikuti program atau aktiviti NADI? | ||||||
| J: Program NADI dijalankan melalui laman web rasmi NADI, dengan akses ke sesi maya untuk latihan, konsultasi, dan pemantauan. Selain itu, hebahan juga dibuat melalui media sosial rasmi NADI serta aplikasi kumpulan seperti Telegram dan WhatsApp bagi memastikan maklumat program sampai kepada komuniti dengan lebih meluas dan pantas. | ||||||
| 7. S: Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. | ||||||
| 8. S: Adakah terdapat had umur untuk menyertai program NADI? | ||||||
| J: Had umur berbeza mengikut program. Beberapa program ditujukan khusus kepada pelajar sekolah, kanak-kanak, atau orang dewasa, manakala sesetengah program terbuka kepada semua peringkat umur. | ||||||
| 9. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. | ||||||
| 10. S: Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)? | ||||||
| J: Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan. | ||||||
| 11. S: Apakah perbezaan di antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan cybercafe sediaada? | ||||||
| J: Setiap penggunaan komputer NADI adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna. | ||||||
| 12. S: Adakah saya boleh mendaftar untuk lebih daripada satu program NADI pada masa yang sama? | ||||||
| J: Ya, peserta dibenarkan mendaftar untuk lebih daripada satu program jika mereka berminat dan memenuhi kriteria program tersebut. | ||||||
| 13. S: Apakah langkah-langkah keselamatan untuk memastikan data saya selamat dalam sistem NADI? | ||||||
| J: NADI menggunakan protokol keselamatan data yang ketat untuk melindungi maklumat peribadi. Data disimpan dengan selamat dan hanya diakses oleh pihak yang diberi kuasa. | ||||||
| 14. S: Bagaimana saya boleh mendapatkan bantuan jika terdapat masalah teknikal semasa menggunakan perkhidmatan pintar NADI? | ||||||
| J: Anda boleh menghubungi sokongan pelanggan NADI melalui e-mel atau talian bantuan yang disediakan di laman web NADI. | ||||||
| 15. S: Adakah terdapat sijil atau pengiktirafan bagi peserta program NADI? | ||||||
| J: Terdapat beberapa program perkhidmatan NADI yang menawarkan sijil kepada peserta yang menyertai program-program yang ditawarkan. | ||||||
Disediakan oleh: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)