

Assalamualaikum wbt & Salam NADI x Keusahawanan
SIARAN VIDEO PODCAST EMPOWHER & NADIPRENEUR EDISI JANUARI 2025 KINI DIBUKA UNTUK TONTONAN
Pihak NADI x Keusahawanan ingin berkongsi tip-tip keusahawanan melalui 2 Podcast bertajuk:
Podcast EmpowHER : Wanita Sate Mendonia
Podcast NADIPreneur : Usahawan Pintar, Kunci Kewangan Stabil
✅ Sila klik pada pautan di bawah untuk menonton:
www.nadiusahawan.com/podcast
Tuan / Puan boleh menonton daripada 28 hingga 31 Jan 2025.
Selamat menonton!
Ringkasan Podcast: “Usahawan Pintar, Kunci Kewangan Stabil”
Melalui episod ini, pendengar akan memperoleh panduan yang praktikal untuk menjadi usahawan yang lebih pintar dalam mengurus kewangan, sekaligus memastikan kelangsungan perniagaan.
Antara topik yang dibincangkan adalah pentingnya pengurusan kewangan yang sistematik serta penggunaan aplikasi teknologi di dalam mengautomasikan pengurusan akaun, invois, dan laporan kewangan. Usahawan juga perlu memikirkan pelaburan yang boleh memberi pulangan berterusan untuk meningkatkan keuntungan dan aset perniagaan mereka.