




Latar belakang
Nur Syuhada Najihah merupakan pelajar sekolah menengah. Beliau kerap hadir ke NADI kerana jarak rumah ke NADI sangat dekat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan dengan NADI, beliau hadir ke NADI untuk menonton movie di dalam Youtube. Beliau tidak mahir menggunakan komputer serta tidak mengenali jenis- jenis komponen komputer dan fungsinya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan dengan NADI, beliau telah tahu komponen dan fungsi komputer. Beliau juga pandai menggunakan komputer sendiri tanpa bantuan. Syuhada juga aktif dalam mengikuti kelas dan program yang diadakan di NADI. Beliau juga sudah mahir menggunakan internet untuk membuat carian berkaitan kerja sekolah. Beliau juga pandai menggunakan Microsoft Word serta aplikasi Canva walaupun tidak begitu mahir. Beliau selalu menghadiri Program DILEA dan Open tuition dan kelas yang disediakan secara percuma di NADI.
Apa yang dipelajari melalui NADI
Melalui kelas Open Tuition dan DILEA, pelajar mempelajari:
- Subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah secara interaktif
- Cara mengakses kandungan pembelajaran digital melalui platform seperti Quizizz, Kahoot, YouTube Edu, dan Google Classroom
- Latihan soalan SPM secara dalam talian
- Kemahiran menggunakan komputer, membuat carian maklumat, dan menyusun nota digital
Bagaimana NADI membantu peningkatan tahap kemahiran ICT/cybersecurity
Dengan adanya fasilitator NADI dan kemudahan internet berkelajuan tinggi:
- Pelajar yang tidak mempunyai peranti atau sambungan internet di rumah dapat belajar dalam suasana kondusif
- Mereka didedahkan kepada penggunaan teknologi dalam pembelajaran kendiri dan kolaboratif
- Prestasi akademik pelajar bertambah baik berikutan sokongan secara berkala
- Pelajar menjadi lebih berdikari dan yakin dalam mengendalikan tugasan digital
Kesimpulan
Pelaksanaan kelas Open Tuition dan DILEA telah memberi impak positif kepada pelajar, bukan sahaja dari segi pencapaian akademik, malah turut meningkatkan kemahiran ICT mereka. Peranan NADI sangat penting dalam merapatkan jurang pendidikan digital antara bandar dan luar bandar, serta memastikan tiada pelajar tercicir dalam arus pendidikan moden.