mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2025 – KISAH KEJAYAAN NADI – NOR SUHADA MOHD ROSDI

Latar belakang

Nor Suhada merupakan seorang pembantu tukang masak di kantin sekolah. Sebelum menyertai program NADI Mahir Masak, beliau hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kek dan kuih di rumah. Pengetahuannya dalam bidang masakan terhad kepada resipi warisan keluarga dan tidak disusun secara profesional.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan NADI, beliau tidak tahu menggunakan komputer serta tidak mengenali komponen komputer. Sekiranya beliau hadir ke NADI, beliau hanya datang untuk mencetak dokumen Sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan dengan NADI, beliau telah tahu komponen dan fungsi komputer. Beliau juga pandai menggunakan komputer sendiri tanpa bantuan. Suhada juga aktif dalam mengikuti kelas dan program yang diadakan di NADI. Beliau selalu menghadiri Program Mahir Masak dan kelas yang disediakan secara percuma di NADI.

Apa yang dipelajari melalui NADI

Melalui kelas dan bengkel yang ditawarkan di NADI, Pn. Aisyah mempelajari pelbagai kemahiran, antaranya:

  • Asas penggunaan komputer dan internet
  • Pengurusan media sosial seperti Facebook dan Instagram
  • Cara mengambil gambar makanan yang menarik
  • Pemasaran digital menggunakan platform seperti WhatsApp Business dan TikTok
  • Penyuntingan video ringkas untuk promosi produk

Bagaimana NADI membantu peningkatan tahap kemahiran ICT/cybersecurity

  • Sebelum mengikuti program NADI, Pn. Aisyah tidak tahu menggunakan komputer dan hanya memiliki telefon pintar asas. Melalui latihan yang diberikan, beliau kini mampu:
  • Mencipta kandungan digital untuk mempromosikan makanan seperti kek, kuih dan lauk-pauk
  • Mengurus tempahan pelanggan melalui platform dalam talian
  • Berinteraksi dengan pelanggan secara lebih profesional
  • Menyertai platform e-dagang tempatan untuk menjual produk

Kesimpulan

Pengurus dan Penolong Pengurus NADI banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Kisah kejayaan Suhada membuktikan bahawa pendedahan kepada kemahiran ICT melalui NADI mampu mengubah kehidupan seseorang. Dengan bimbingan dan latihan yang betul, beliau bukan sahaja berjaya meningkatkan pendapatan keluarga, malah kini menjadi sumber inspirasi kepada wanita lain di kampungnya. NADI memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang digital dan memberi peluang kepada komuniti luar bandar untuk maju dalam era digital.