mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2025 – KISAH KEJAYAAN NADI – MUHAMMAD IZHAM FITRI BIN RAHMAT

Latar belakang

Muhammad Izham Fitri merupakan pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas. Beliau sering hadir ke NADI untuk melayari internet seperti menonton Youtube serta mengakses media sosial

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan NADI, beliau hanya melakukan saringan kesihatan apabila tidak sihat dan perlu ke klinik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan dengan NADI, beliau mengetahui di NADI terdapat program kesejahteraan kendiri di mana boleh melakukan saringan kesihatan kendiri serta kelas mengenai kesejahteraan kendiri

Apa yang dipelajari melalui NADI

Melalui Program Kesejahteraan Kendiri, pelajar mempelajari:

  • Kelas kesihatan secara online berkaitan dengan kesihatan diri termasuk webinar kesihatan oleh pakar perubatan, tips kesihatan serta senaman ringkas.
  • Bacaan BMI, tahap tekanan darah serta tahap gula dalam darah yang optimum untuk tubuh seseorang.

Bagaimana NADI membantu peningkatan tahap Kesejahteraan Kendiri.

  • Meningkatkan tahap kesedaran kesihatan melalui webinar serta tips kesihatan  yang disediakan
  • Terdapat panduan senaman yang betul dan ringkas yang dapat dilakukan dalam kehidupan seharian.
  • Saringan kesihatan dilakukan secara berkala pada bila-bila masa tanpa perlu ke klinik.