mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2025 – KISAH KEJAYAAN NADI – ALLI ZAFLAN BIN ZULKIFLI

Latar belakang

Alli Zaflan merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Sebelum menyertai program NADI Tiny techies, beliau tidak pernah mengenali NADI sehingga NADI mengadakan program di sekolahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan NADI, beliau tidak tahu menggunakan komputer serta tidak mengenali komponen komputer. Sekiranya beliau hadir ke NADI, beliau hanya datang untuk menemani kawan Sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan dengan NADI, beliau telah tahu komponen dan fungsi komputer. Beliau juga pandai menggunakan komputer sendiri tanpa bantuan. Alli juga aktif dalam mengikuti kelas dan program yang diadakan di NADI. Beliau selalu menghadiri Program Tiny Techies dan kelas yang disediakan secara percuma di NADI.

Apa yang dipelajari melalui NADI

Melalui kelas dan bengkel yang ditawarkan di NADI, Pn. Aisyah mempelajari pelbagai kemahiran, antaranya:

  • Asas penggunaan komputer dan internet
  • Pengurusan media sosial seperti Facebook dan Instagram
  • Cara mengambil gambar makanan yang menarik
  • Pemasaran digital menggunakan platform seperti WhatsApp Business dan TikTok
  • Penyuntingan video ringkas untuk promosi produk

Bagaimana NADI membantu peningkatan tahap kemahiran ICT/cybersecurity

Program ini membuktikan bahawa pembelajaran teknologi boleh dimulakan pada peringkat awal jika diberi bimbingan yang betul. Kanak-kanak:

  • Meningkatkan keyakinan menggunakan komputer dan internet dengan selamat
  • Mampu menghasilkan persembahan ringkas, animasi dan permainan asas sendiri
  • Belajar menyelesaikan masalah secara kreatif melalui aktiviti pengaturcaraan
  • Mula menunjukkan minat terhadap STEM dan kemahiran digital di rumah dan sekolah

Kesimpulan

Pengurus dan Penolong Pengurus NADI banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Program Tiny Techies di NADI berjaya menjadi platform permulaan kepada pembangunan bakat muda dalam bidang teknologi. Pendedahan awal kepada ICT telah membuka minda peserta terhadap dunia digital secara positif dan terkawal. Sokongan ibu bapa dan komuniti juga membuktikan bahawa program seperti ini perlu diperluas untuk melahirkan generasi celik digital dan berdaya saing pada masa hadapan.