
Latar belakang
Norhana Sani atau mesra dipanggil Kak Hana menjalankan perniagaan produk kesihatan. Beliau merupakan ibu tunggal dan mula berniaga kerana minat serta sebagai punca pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau dengan NADI, beliau kurang mahir menggunakan medium media sosial untuk menjalankan pengiklanan perniagaan secara online di facebook, shopee serta laman web yang lain. Hantaran yang di muat naik di media sosial hanyalah ayat biasa tanpa mengetahui teknik-teknik yang betul
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan dengan NADI, beliau sudah mahir membuat hantaran facebook serta status wasap yang menarik bagi menarik pelanggan untuk melihat serta membeli melalui hantaran yang dimuat naik. Beliau juga tahu mengenai pengiklanan berbayar di dalam setiap platform media social.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Telah mengikuti kelas keusahawan secara online di NADI dengan mendapat bimbingan terus dari pakar industri
- Dapat meluaskan jaringan bersama-sama usahawan dari pelbagai negeri.
Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- NADI membantu usahawan dengan menyediakan kemudahan komputer dan internet yang baik.
- NADI juga menyediakan platform kelas untuk usahawan
- NADI membuka peluang kepada usahawan untuk menyertai Ikon usahawan NADI bagi peluang untuk Scale-up bisnes usahawan (Bootcamp NADI X keusahawan).
Pengurus dan penolong telah banyak membantu saya dalam meningkatkan kualiti cara mengiklankan perkhidmatan dan memberi tunjuk ajar dalam penggunaan kemudahan dalam NADI serta pelbagai Program yang ditawarkan untuk keusahawanan. Inisiatif Smart Service NADI telah membuktikan keberkesanannya dalam membantu usahawan meningkatkan pendapatan dan mengembangkan perniagaan mereka melalui latihan, sokongan geran, dan penggunaan teknologi digital. Kisah-kisah kejayaan ini menunjukkan impak positif yang dapat dicapai apabila komuniti diberikan akses kepada sumber dan bimbingan yang tepat.
