
Latar belakang
Nur Aina Tasneem Binti Mohd Kamaruddin lebih mesra dipanggil Aina merupakan pelajar prasekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga. Beliau hadir ke NADI berjalan kaki berikutan rumah beliau berdekatan dengan NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan dengan NADI, beliau tidak tahu menggunakan komputer serta tidak mengenali komponen komputer. Sekiranya beliau hadir ke NADI, beliau hanya menonton youtube Bersama adiknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADISelepas penglibatan dengan NADI, beliau telah tahu komponen dan fungsi komputer. Beliau juga pandai menggunakan komputer sendiri tanpa bantuan. Aina juga aktif dalam mengikuti kelas dan program yang diadakan di NADI. Beliau selalu menghadiri webinar cybersecurity dan kelas yang disediakan secara percuma di NADI.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Cara menggunakan computer
- Telah mengikuti kelas asas computer dan webinar cybersecurity
- Meningkatkan kesedaran terhadap ancaman siber seperti phishing dan malware
- Peserta mendapat pengalaman hands‑on dalam CTF & quiz siber.
- Pelajar diberi pendedahan awal kepada bidang cybersecurity sebagai kerjaya.
Pelajar sekolah dan komuniti difahamkan tentang ancaman siber dalam penggunaan harian
Bagaimana NADI membantu peningkatan tahap kemahiran ICT/cybersecurity
- NADI membantu saya dengan kemudahan komputer dan internet.
- NADI membantu saya dengan memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan asas komputer.
- NADI juga membantu saya dengan kelas dan aktiviti yang diadakan secara percuma.
- Memberi pengalaman praktikal berkaitan keselamatan IT dan strategi pencegahan.
- Menyemai kesedaran penting bagi melindungi data dan perniagaan digital secara meluas.
Pengurus dan Penolong Pengurus NADI banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.