Latar belakang
Nur Alia Alisya merupakan pelajar sekolah menengah. Beliau kerap hadir ke NADI kerana jarak rumah ke NADI sangat dekat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan dengan NADI, beliau hadir ke NADI untuk menonton cerita kartun di dalam Youtube. Beliau tidak mahir menggunakan komputer serta tidak mengenali jenis- jenis komponen komputer dan fungsinya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan dengan NADI, beliau telah belajar mengenai komponen berkaitan komputer serta asas internet. Beliau juga sudah mahir menggunakan internet untuk membuat carian berkaitan kerja sekolah. Beliau juga pandai menggunakan Microsoft Word serta aplikasi Canva walaupun tidak begitu mahir. Beliau sering mengikuti kelas- kelas dan aktiviti yang diadakan di NADI. Beliau juga salah satu peserta NADI Dilea di NADI.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Telah mengikuti kelas mengenali komponen komputer dan laptop.
- Juga mempelajari asas internet, Microsoft Word dan Canva
- Cara menggunakan internet dengan berhemah
- Menyertai kelas dan webinar NADI Dilea.
Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- NADI membantu saya dengan peralatan, perkakasan komputer dan kemudahan yang disediakan.
- NADI membantu saya dengan memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan asas komputer.
- NADI juga membantu saya dalam Microst Word dan Canva.
- NADI juga mengadakan kelas dan aktiviti yang menarik minat saya untuk belajar secara percuma.
Komponen Utama NADI DiLea
- Webinar Pendidikan Berkala: NADI DiLea menganjurkan sesi webinar berkala yang merangkumi pelbagai subjek seperti Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris, dan motivasi pelajar.
- Program Khas Pidato: Di bawah elemen Program Khas NADI-Nurture DiLea, pertandingan pidato diadakan secara berperingkat bagi pelajar menengah atas. Sebelum pertandingan, peserta mengikuti kelas pembelajaran pidato secara dalam talian untuk melatih teknik dan kemahiran berpidato yang berkesan.
- Program Keusahawanan: NADI DiLea juga memperkenalkan program keusahawanan yang dikenali sebagai “NADI x Keusahawanan 2025”. Program ini terdiri daripada empat fasa utama, termasuk latihan keusahawanan atas talian, kem keusahawanan peringkat negeri, projek mercu peringkat nasional, dan persidangan akhir bagi 50 usahawan terbaik.
- Taklimat Keselamatan Siber: Sebagai sebahagian daripada inisiatif keselamatan digital, NADI DiLea menganjurkan taklimat mengenai buli siber.
NADI DiLea memainkan peranan penting dalam memperkasa pelajar melalui penyediaan akses kepada sumber pendidikan digital, latihan kemahiran, dan sokongan motivasi. Dengan pelbagai program yang ditawarkan, NADI DiLea berusaha untuk memastikan pelajar di seluruh Malaysia mendapat peluang yang sama rata untuk berjaya dalam pendidikan dan kehidupan.