mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 – KISAH KEJAYAAN NADI – SITI ZALINI BINTI FAUZI

Nama : SITI ZALINI BINTI FAUZI Umur : 32 Tahun Ahli NADI: 3 MAC 2025

Latar belakang


Cik Siti Zalini atau mesra dipanggil Zalini menjalankan perniagaan produk kecantikan. Beliau merupakan surirumah tangga sepenuh masa dan mula berniaga kerana minat serta dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI


Sebelum penglibatan beliau dengan NADI, beliau kurang mahir menggunakan medium media sosial untuk
menjalankan pengiklanan perniagaan secara online di facebook, shopee serta laman web yang lain. Perniagaan beliau hanya tertumpu pada iklan dalam status whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan dengan NADI, beliau sudah mahir menggunakan facebook ads, shopee dan juga tiktok serta boleh menghasilkan stiker produk sendiri menggunakan platform Canva. Beliau juga mahir membuat video, poster dan copywriting untuk mengiklankan produk yang dijual.