Latar belakang
Muhammad Rahmat merupakan pelajar sekolah menengah. Beliau kerap hadir ke NADI kerana jarak rumah ke NADI sangat dekat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan dengan NADI, beliau hadir ke NADI untuk menonton cerita kartun di dalam Youtube. Beliau tidak mahir menggunakan komputer serta tidak mengenali jenis- jenis komponen komputer dan fungsinya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan dengan NADI, beliau telah belajar mengenai komponen berkaitan komputer serta asas internet. Beliau juga sudah mahir menggunakan internet untuk membuat carian berkaitan kerja sekolah. Beliau juga pandai menggunakan Microsoft Word. Beliau sering mengikuti kelas- kelas dan aktiviti yang diadakan di NADI. Beliau juga salah satu peserta Program Perkhidmatan Pintar (Cybersecurity dan esukan) di NADI.
Apa yang dipelajari melalui NADI
- Telah mengikuti kelas mengenali komponen komputer dan laptop.
- Juga mempelajari asas internet, Microsoft Word dan Canva
- Cara menggunakan internet dengan berhemah
- Menyertai kelas dan webinar Program Perkhidmatan Pintar NADI.
Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- NADI membantu saya dengan peralatan, perkakasan komputer dan kemudahan yang disediakan.
- NADI membantu saya dengan memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan asas komputer.
- NADI juga mengadakan kelas dan aktiviti yang menarik minat saya untuk belajar secara percuma.
Di NADI, kemudahan lengkap disediakan untuk pemain muda seperti Rahmat dan rakan-rakannya dalam pasukan MLBB NADI Bandar Baru Bukit Bunga. Dengan akses internet berkelajuan tinggi dan ruang latihan yang selesa, mereka dapat berlatih secara serius. Rahmat menyatakan bahawa latihan di NADI membantunya memahami strategi permainan dan meningkatkan komunikasi dalam pasukan, yang membawa mereka meraih kejayaan dalam pertandingan MLBB yang dianjurkan NADI sehingga peringkat negeri.