mcmc
LAPORAN AKTIVITI

MEI 2024 – LAPORAN AKTIVITI

Program   : MULTIMEDIA-GAMBAR

Tarikh       : 06 Mei 2024

Lokasi      : NADI Bukit Bunga

Peserta    : 1 Orang             

Tujuan

-Tujuan kelas ini, Peserta diajar cara menghasilkan iklan poster untuk subjek kemahiran hidup sekolah menengah.

Aktiviti

-Menerangkan kepada peserta fungsi dan kelebihan Canva.
-Memberi penerangan cara menghasilkan poster menggunakan canva dan cara memasukkan elemen yang diperlukan semasa menghasilkan poster.
-Menghasilkan poster mengikut panduan yang diberikan.

Kebaikan

-Peserta dapat menghasilkan poster iklan dengan baik
-Peserta juga tahu asas menghasilkan poster iklan yang menarik.
-Peserta dapat menghasilkan poster dengan cepat dan betul menggunakan template yang diberikan.
-Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kelas dan program yang disediakan di NADI Bukit Bunga

Program  : SOFTSKILLS – Bengkel Resume

Tarikh      :16 Mei 2024

Lokasi     : NADI Bukit Bunga 

Peserta   : 61 Orang

Tujuan

– Tujuan kelas ini, Peserta diberi penerangan dan bimbingan kepada para pelajar UMK Jeli dalam mempertingkatkan kemahiran mereka dalam menulis resume yang baik.

Aktiviti

• Petugas memberi penerangan yang terperinci tentang teknik penulisan resume yang baik dan         perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa menulis resume.
• Petugas mengadakan sesi soal jawab dengan para pelajar UMK Jeli berkaitan dengan resume.
• Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugas serta aktiviti yang     berkaitan resume.
• Petugas mengadakan aktiviti yang menarik minat para pelajar untuk memahami lebih baik tentang   teknik penulisan resume.

Kebaikan

• Peserta mengetahui cara menghasilkan resume yang baik.
• Peserta juga tahu asas Teknik penulisan resume yang padat dan berkesan
• Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kelas dan program yang disediakan di NADI Bukit Bunga