
π Kempen Internet Selamat (KIS) di Negeri Kelantan
π Lokasi: SK Gual Jedok
π
Tarikh: 12 Ogos 2025 (Selass)
β° Masa: 9.00 pagi – 01:00 tengahari
MCMC bersama NADI Kluster Jeli telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Gual Jedok.
Program ini dirangka untuk membina asas kefahaman dalam kalangan murid Tahap 2 mengenai penggunaan Internet secara selamat serta mengenali fungsi aplikasi dalam talian. Objektif utama program ini adalah untuk menerangkan had umur minimum 13 tahun bagi penggunaan media sosial, meningkatkan kesedaran tentang risiko dan ancaman dalam talian, serta membimbing murid mengenal pasti aktiviti alternatif yang lebih sesuai bagi peringkat sekolah rendah.
π₯ Peserta:
52 orang murid Tahun 5
π Modul yang Digunakan:
*Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (10-12 Tahun).
5 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
Ikon K-DAT Sekolah:
- Ikon K-DAT (Guru)
- β Encik Nordin Bin Mohamad
- Ikon K-DAT (Pelajar)
- β Siti Nur Marissa binti Mohamad Zulrizan
π Aktiviti:
Tahap 2 :
Modul 2 dibahagikan kepada 5 kumpulan dan murid-murid diterangkan mengikut susunan modul seperti berikut : - Penetapan Minda: Aktiviti Pecah Ruyung
- Pelajaran 1: Stesen Literasi Digital
- Pelajaran 2: Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial
- Pelajaran 3: Stesen Bahaya Media Sosial 1
- Pelajaran 4: Stesen Bahaya Media Sosial 2
- Pelajaran 5: Alternatif Kepada Media Sosial
β Hasil Program:
Program ini berjaya memenuhi objektifnya dengan membina asas pemahaman murid terhadap penggunaan Internet secara selamat, meningkatkan kesedaran tentang had umur yang sesuai bagi penggunaan media sosial, memberi peringatan tentang risiko penggunaan Internet tanpa kawalan, serta mendorong murid untuk meneroka aktiviti alternatif yang lebih berfaedah.