mcmc
LAPORAN AKTIVITI

JANUARI 2026 – LAPORAN AKTIVITI

Program  : Pengenalan E-Sukan: Daripada Hobi kepada Program Kompetitif Berstruktur
Tarikh      : 11 JANUARI 2026
Lokasi     : NADI Bukit Bunga 
Peserta   : 2 Orang

Objektif:

  1. Memberi pendedahan awal tentang e-sukan sebagai aktiviti yang berstruktur dan berdisiplin.
  2. Meningkatkan kesedaran peserta mengenai etika, peraturan dan kerja berpasukan dalam e-sukan.

Aktiviti:
Taklimat pengenalan e-sukan, perbincangan interaktif mengenai perbezaan hobi dan permainan kompetitif, serta demonstrasi asas permainan e-sukan.

Kelebihan / Kebaikan:

  1. Mengubah persepsi negatif terhadap e-sukan kepada lebih positif.
  2. Meningkatkan kemahiran komunikasi, strategi dan kerjasama dalam kalangan peserta.
  3. Menggalakkan penggunaan teknologi secara berhemah dan berfaedah.
Program  : MAHIR MASAK – PEMBUATAN MOCKTAIL DAN KOPI
Tarikh      : 27 JANUARI 2026
Lokasi     : NADI Bukit Bunga 
Peserta   : 5 Orang

Objektif:

  1. Memberi pendedahan asas tentang teknik penyediaan mocktail dan kopi.
  2. Meningkatkan kemahiran praktikal peserta dalam penyediaan minuman.
  3. Memupuk minat dan kreativiti dalam bidang kulinari.

Aktiviti:
Penerangan bahan dan peralatan, demonstrasi pembuatan mocktail dan kopi, serta latihan amali oleh peserta.

Kelebihan / Kebaikan:

  1. Peserta memperoleh kemahiran asas yang boleh dipraktikkan di rumah.
  2. Meningkatkan keyakinan dan kreativiti dalam menghasilkan minuman.
  3. Menggalakkan amalan kebersihan dan keselamatan semasa penyediaan makanan dan minuman.