mcmc
LAPORAN AKTIVITI

FEBRUARI 2024 – LAPORAN AKTIVITI

Program   : STEM/IOT – ASAS STEM – JUMPING FROG

Tarikh       : 08 Februari 2024

Lokasi      : PEDi Bukit Bunga

Peserta    : 5 Orang

Tujuan

-Tujuan kelas ini, pelajar diberi tunjuk ajar cara untuk menghasilkan eksperimen seekor katak menggunakan kertas untuk menguji kepantasan pergerakkan katak mengikut saiz katak yang dihasilkan.

Aktiviti

-Menerangkan kepada peserta eksperimen cara menghasilkan katak menggunakan kertas dengan betul

-Memberi penerangan berkaitan penghasilan bentuk dan saiz katak yang dikehendaki

-Menghasilkan katak menggunakan kertas yang dilipat mengikut bentuk yang sesuai

Kebaikan

-Peserta dapat membuat penilaian dan hipotesis terhadap katak mengikut saiz dan kepantasan/kelajuan pergerakkan objek tersebut

-Peserta juga tahu asas perbandingan bagi eksperimen sains,pergerakkan dan objek

-Peserta dapat menghasilkan objek katak kertas secara kreatif.

Program  : LATIHAN KEUSAHAWANAN – KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN – KELAS ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)

Tarikh      :22 Februari 2024

Lokasi     : PEDi Bukit Bunga

Peserta   : 13 Orang

Tujuan

-Tujuan kelas ini, peserta diberi tunjuk ajar cara untuk menghasilkan gambar produk hanya menggunakan prompt/perkataan melalui sistem AI

Aktiviti

-Memberi penerangan dan memperkenalkan berkaitan penggunaan sistem AI,chatgpt dan canva

-Menerangkan kepada peserta cara menghasilkan imej produk menggunakan sistem Ai / Canva

-Membuat aktiviti penghasilan imej produk dan copywriting untuk pengiklanan yang kreatif disamping melatih peserta untuk memahami dan cara berinteraksi dengan sistem Ai dengan mudah.

Kebaikan

-Peserta mengetahui cara menghasilkan imej produk dan copywriting menggunakan prompt yang sesuai seperti yang diajar.

-Peserta juga tahu asas penggunaan dan fungsi sistem Ai dalam perniagaan.

-Peserta dapat meneroka dan menghasilkan pengiklanan produk jualan secara kreatif.

-Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kelas dan program yang disediakan di PEDi Bukit Bunga.