mcmc
Kemudahan AwamMaklumat SetempatRekreasi & Pelancongan

DATARAN GERAI 12 BUKIT BUNGA

Pernahkah anda singgah di pusat beli belah Bukit Bunga?

Bagi pengguna laluan ke utara tanah air melalui Tanah Merah- Jeli, ia dikatakan antara ‘mesti singgah’ jika anda berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Bukit Bunga – Bukit Bunga merupakan kampung yang bersempadan dengan Malaysia-Thailand. Bukit Bunga terletak 30 km dari Tanah Merah sekiranya melalui Lebuhraya Timur Barat. Deretan kedai yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan pasti menggamit naluri pelancong untuk membeli-belah. Ianya beroperasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

Apa agaknya produk paling dicari jika berkunjung ke pusat beli belah ini?