

Objektif utama kajian ini adalah:
• Untuk mendapatkan pandangan dan cadangan rakyat berkaitan penerimagunaan pendigitalan negara;
• Untuk mengenal pasti tahap kesiapsiagaan masyarakat terhadap teknologi baharu; dan
• Untuk memastikan hala tuju dasar yang dirangka adalah inklusif dan memenuhi keperluan pelbagai pihak.
Oleh demikian, satu Portal Kaji Selidik Awam telah dibangunkan dan boleh diakses secara dalam talian. Kajian ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan dijangka mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk diisi.
Pautan Kaji Selidik: https://survey.rakyatdigital.gov.my/