mcmc
Maklumat Am

NADI X KIDVENTURE: PENYERTAAN MASIH DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 3) 

NADI X KIDVENTURE: PENYERTAAN MASIH DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 3) 

Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 3.

Kami telah menerima sambutan yang menggalakkan dan mengalu-alukan penyertaan lebih ramai peserta. 

Pengenalan:

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).

Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, pengoperasian syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Syarat-syarat Penyertaan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia 7 – 17 tahun
  3. Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
  4. Berdaftar sebagai Ahli NADI
  5. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan
  6. Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga

Cara Pendaftaran COHORT 3:

Kerjasama NADI Bandar Baru Bukit Bunga, Kelantan diperlukan untuk mendaftarkan 3 (minimum) penyertaan peserta menerusi pautan di bawah atau kod QR yang tertera pada poster Program seperti diatas (boleh muat turun).

Mohon pastikan ibu bapa atau penjaga memasukkan nombor telefon yang tepat dan aktif dengan aplikasi WhatsApp. Ini kerana selepas pendaftaran selesai, nombor ibu bapa atau penjaga yang didaftarkan akan terus dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp rasmi bagi tujuan komunikasi seterusnya.

Borang pendaftaran seperti di pautan berikut: 👉 https://rebrand.ly/daftarKidVenture  

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: JUMAAT, 13 JUN 2025