mcmc
Maklumat Am

WEBINAR KESEJAHTERAAN KENDIRI-KESIHATAN BUAH PINGGANG

Kes kegagalan buah pinggang kini makin meningkat dan dijangka penghidap penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD) yang menjalani dialisis di Malaysia mencecah 106 000 orang menjelang 2040.

Justeru itu, penting untuk kita ketahui bagaimana untuk menjaga kesihatan buah pinggang kita dari segi pencegahan dan mengenal pasti tanda- tanda awal.

Mari kita sama- sama ikuti penerangan oleh Dr. Wan Mohd Rais Wan Mohd Kami, pakar nefrologi dari Prince Court Medical Center yang akan mengupas topik ini dengan lebih mendalam dalam webinar NADIWellbeing pada hari ini Selasa 7 Jan 2025, jam 10.30 pagi.