mcmc
Kemudahan AwamMaklumat SetempatRekreasi & Pelancongan

KOMPLEKS ICQS BUKIT BUNGA

Bukit Bunga,merupakan satu kawasan desa yang terletak dibawah pentadbiran dan penguasaan pihak berkuasa Jajahan Tanah Merah, Bukit Bunga merupakan satu perkampungan di Jajahan Tanah Merah,ia menjadi tumpuan para pelancong sama ada luar mahupun dalam negeri kerana disini banyak barangan dari Negara Thai dibawa masuk dan diniagakan disini dengan harga yang berpatutan. Kelantan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Merentasi sempadan ialah Ban Buketa yang terletak di Amphoe Waeng, Wilayah Narathiwat.

Jambatan Persahabatan adalah jambatan yang di bina melintasi Sungai Golok yang menjadi sempadan antara dua negara. Jambatan tersebut untuk menyambung persahabatan antara kampong Bukit Bunga di bahagian Kelantan, Malaysia, dengan kampong Bukit Tal Tempat 2, Mukim Lokjud, Daerah Weng, Wilayah Narathiwat. Jambatan ini merupakan jambatan kedua selain jambatan Sungai Golok, daerah Sungai Golok, Narathiwat. Jambatan ini di bina dengan anggaran bajet 90 juta Bath.

Jambatan ini di buka memberi perkhitmatan pada jam 08.00 pagi– 7.00 petang. Jambatan ini merupakan salah satu Program Kerjasama dalam Rangka Perkembangan Ekonomi antara Tiga Negara ( Malaysia – Thailand Growth Triangle : IMT-GT) dan ia juga merupakan strategi perkembangan kerjasama Thailand dengan Malaysia (JDS). Kedua-dua Negara telah menandatangani pembangunan jambatan tersebut pada 14 Oktober 2004.

Walau bagaimanapun, pembinaan tertunda di sebelah Thailand akibat pemberontakan yang semakin ganas di wilayah-wilayah berhampiran. Akhirnya, jambatan ini dibuka pada 21 Disember 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Thailand Surayud Chulanont