mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2024 – KISAH KEJAYAAN – NOORSHATILA BINTI SHAFIRI

Nama : NOORSHATILA BINTI SHAFIRI Umur : 39 Tahun Ahli NADI: 26 FEBRUARI 2024

Latar belakang

Puan Shatila atau mesra dipanggil TIla menjalankan perniagaan sabun basuh pinggan dan produk kosmetik. Beliau merupakan surirumah tangga sepenuh masa dan mula berniaga kerana minat serta dapat membantu menambahkan pendaptan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dengan NADI, beliau kurang mahir menggunakan medium media sosial untuk menjalankan pengiklanan perniagaan secara online di facebook, shopee serta laman web yang lain. Perniagaan beliau hanya tertumpu pada iklan dalam status whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan dengan NADI, beliau sudah mahir menggunakan facebook ads, shopee dan juga tiktok serta boleh menghasilkan stiker produk sendiri menggunakan platform Canva. Beliau juga mahir membuat video, poster dan copywriting untuk mengiklankan produk yang dijual.